Soalan Lazim

Apakah skim perkongsian Kedai Gmart MASA?

Kami menawarkan pakej lesen dan sistem bagi produk-produk berjenama kami untuk anda memulakan atau melebarkan perniagaan sedia ada anda.

Bagaimanakah skim ini dilangsungkan?

Berdasarkan komitmen dan perniagaan anda, kami akan salurkan komisen bulanan.

Adakah ini akan menjejas perniagaan sedia ada?

Kami tidak melabur atau ambil saham dalam perniagaan anda. Kami berikan peluang untuk tambah aktiviti perniagaan semasa dengan produk dan perkhidmatan yang baru.

Berapakah yuran yang dikenakan bagi skim ini?

Berdasarkan pakej pilihan anda, hanya bayaran lesen sekali sahaja bagi anda memulakan bisnes menggunakan produk produk dan sistem Point-of-Sale kami.

Apakah jenis sokongan yang diberikan?

Kami akan menyediakan latihan perniagaan bagi mengasah kemahiran anda dalam berniaga dan manual produk kami.

Apakah ciri-ciri terbaik untuk kedai Gmart Masa?

Lokasi yang strategik, kedai yang tersusun dan bersih, pemasaran yang baik, perkhidmatan/servis yang menambat hati pelanggan. Pemilik perlu bersikap berdaya saing dan tidak mudah putus asa dalam menjalankan perniagaan.