PROFIL SYARIKAT

Latar Belakang Syarikat

Ditubuhkan pada tahun 2006, Ikobana Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pusat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang ke seluruh Malaysia dan luar negara. Dengan tagline Simplified Courier Solutions, Ikobana komited untuk membantu pelanggan menguruskan penghantaran barang mereka dengan teratur dan selamat sampai kepada pelanggan.

Sehingga kini, Ikobana telah mempunyai lebih 70 buah outlet di seluruh semenanjung Malaysia. Selain perkhidmatan kurier, outlet-outlet Ikobana ini turut dilengkapi dengan servis pembayaran bil, insuran motor, kad medikal dan pelbagai perkhidmatan online.

 

VISI

Visi kami adalah untuk menjadi peneraju utama dalam perkhidmatan kurier dan penghantaran barang di Malaysia menjelang tahun 2025.

MISI

Misi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan kurier yang terbaik, selamat dan mudah kepada pelanggan yang mempercayai kami.